Pengurusan Alam Pembelajaran di Tadika (bahagian 3)


BAGAIMANAKAH MINAT KANAK-KANAK DAPAT DIPUPUK UNTUK BELAJAR ?

Proses pembelajaran kanak-kanak tidak sama dengan proses pembelajaran di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kanak-kanak tidak boleh berfikir secara terus malah mereka memerlukan pelbagai bahan dalam proses pembelajaran di tadika. Kanak-kanak belajar dengan menggunakan pancaindera mereka dan mereka juga belajar meniru melalui apa yang mereka dengar dan lihat. 

Terdapat beberapa cara untuk menarik dan memupuk minat kanak-kanak untuk belajar, antaranya ialah 
  • Belajar melalui bermain 
  • Merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak 
  • Melalui kreativiti kanak-kanak 

BELAJAR MELALUI BERMAIN 
Proses pembelajaran di tadika adalah dilakukan secara tidak formal, iaitu belajar melaui bermain 
Aktiviti-aktiviti mestilah dirancang terlebih dahulu sebelum sesi pembelajaran bermula 
Aktiviti yang dilakukan mestilah dapat mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreativiti, memupuk kanak-kanak untuk bergaul dan saling  hormat menghormati 
MERANGSANG NALURI INGIN TAHU KANAK-KANAK
Guru mestilah merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka sebelum memulakan sesi pembelajaran 
Kanak-kanak tidak boleh berfikir secara abstrak, mereka memerlukan bahan konkrit ataupun pengalaman sebenar bagi memahami sesuatu perkara 
Kanak-kanak akan menggunakan deria mereka seperti melihat, mendengar, menyentuh dan merasa serta bau dalam proses pembelajaran  
Guru juga boleh merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan 

·         Memerhati : menarik perhatian kepada pelbagai objek
·         Klasifikasi : menggalakkan mengumpul dan menyusun objek mengikut kriteria  
·         Eksperimen : kemukakan soalan seperti "apa akan jadi ?"
·         Menjangka : cuba / teka hasil /  apakah yang berlaku 
·         Menyoal : tanyakan solan terbuka seperti "mengapa kamu fikir?" 
·         Penyelidikan : tunjukkan bagaimana hendak dapatkan maklumat 
·         Komunikasi : jelaskan pengalaman  

MELALUI KREATIVITI KANAK-KANAK
Kreativiti adalah sesuatu yang dihasilkan dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran kanak-kanak 
Guru mestilah memupuk kreativiti dalam diri kanak-kanak 
Guru juga mestilah sentiasa menggalakkan kanak-kanak supaya berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan meningkatkan kreativiti dalam diri mereka 
 Terdapat 2 aspek penting dalam kreativiti :
·         Kreativiti tidak dapat dipisahkan dengan seni, dengan adanya aktiviti seni dapat merangsang kreativiti dalam diri kanak-kanak 
·         Kreativiti sangat berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak. Jika kanak-kanak dilatih dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti secara tidak langsung dapat merangsang kreativiti dalam diri mereka  

BAGAIMANA PENGURUSAN FIZIKAL, SUMBER DAN ORGANISASI MEMBERI KESAN KEPADA PROSES PEMBELAJARAN DI TADIKA ?

Pengurusan fizikal bilik darjah yang ceria dan mesra budaya sanagt penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama di tadika. Hal ini kerana kanak-kanak sangat suka dan tertarik dengan sesuatu yang ceria dan bewarna-warni.

Menurut kamus Dewan edisi keempat, persekitaran fizikal merujuk kepada persekitaran yang menjurus kepada perkara yang bukan kebendaan dan boleh dilihat secara terus. Suasana persekitaran bilik darjah itu sendiri yang menentukan sama ada suasana itu menggalakkan kanak-kanak belajar atau mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar untuk kanak-kanak di tadika.

Pengurusan fizikal bilik darjah menekankan aspek seperti kemudahan prasarana yang mencukupi di dalam kelas seperti meja, kerusi, almari, papan putih dan sebagainya. Selain itu, pengurusan fizikal di tadika sangat mementingkan ruang yang selesa untuk kanak-kanak dan membezakan setiap ruang yang berlainan fungsi seperti guru menyediakan ruang belajar, ruang untuk bermain dan ruang untuk makan untuk kanak-kanak. Selain itu, guru juga mestilah menyediakan alat bantu mengajar serta menyediakan suasana pembelajaran yang ceria dan persekitaran yang produktif.

Pengurusan sumber pula terdiri daripada sumber manusia, kelengkapan dan bahan serta ruang pembelajaran. Antara kakitangan sumber yang terlibat ialah guru tadika dan pembantu tadika. Selain itu, pengurusan sumber juga meliputi kelengkapan seperti meja, kerusi dan sebagainya.

Manakala, pengurusan organisasi pula ialah menerangkan setiap tugas setiap pekerja di tadika. Selain itu, pengurusan organisasi juga meliputi papan kenyataan jadual waktu dan sebagainya. Dalam pengurusan organisasi ini, aktiviti-aktiviti pengurusan untuk mengagihkan kerja dan sumber-sumber untuk bekerja bagi mencapai matlamat organisasi. Guru juga mestilah menggunakan sumber dengan sebaiknya dalam sesi pembelajaran kanak-kanak tadika.


ELEMEN-ELEMEN PENTING YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM MEMASUKI KELAS DI TADIKA 

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa elemen-elemen penting yang perlu disediakan sebagai persediaan kepada guru untuk mengajar. Antara elemen-elemen penting yang perlu disediakan sebelum memasuki kelas di tadika ialah

  • Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 
  • Menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang lengkap dan menarik
  • Memastikan keadaan kelas bersih dan selamat sebelum sesi pembelajaran bermula 

MENYEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
RPH merupakan suatu rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan suatu pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang pelu ditulis bagi tujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.
MENYEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Guru-guru boleh menggunakan bahan kitar semula dan digunakan semula untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan oleh kanak-kanak ketika dalam proses pembelajaran. BBM sangat dititikberatkan di peringkat pendidikan di tadika kerana penggunaannya sangat meluas seiring dengan pendekatan belajar sambil bermain yang digunakan di kebanyakkan sekolah tadika di Malaysia. 
MEMASTIKAN KEADAAN KELAS BERSIH DAN SELAMAT SEBELUM SESI PEMBELAJARAN BERMULA
Keadaan kelas di tadika juga haruslah dipantau dan dijaga sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan kelas mestilah bersih, ceria dan selamat kerana ia akan memberikan kesan kepada emosi kanak-kanak. Jika keadaan kelas bersih dan ceria, emosi kanak-kanak juga akan ceria dan bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran. Jika sebaliknya yang berlaku iaitu kelas dalam keadaan kotor dan tidak ceria, kanak-kanak juga tidak mahu untuk belajar. 



Comments

Popular Posts