RUMUSAN SETIAP KAJIAN


KAJIAN 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN 

PENGENALAN 
Mengurus pembelajaran ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984)
Pengurusan merupakan suatu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbin, 1984) 
OBJEKTIF KAJIAN

  • Mengaitkan sistem pengurusan pembelajaran dengan teori sosiologi pembelajaran
  • Untuk mengetahui lebih lanjut sistem pengurusan pembelajaran sekolah di Malaysia 
  • Mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dan  luar negara 
  • Membandingkan sistem pengurusan pembelajaran di negara-negara maju dan negara yang sedang membangun
DAPATAN KAJIAN 

1. Malaysia
2. Negara maju
3. Negara sedang membangun 

1. Malaysia 
  • Masalah Pengurusan Pembelajaran 
  • Strategi Pendekatan Dalam Kelas Untuk Pelajar
  • Apa itu KSSR dan KSSM ?
  • Kesan Kepada Pengurusan Pembelajaran 
  • Apa itu RPH dan Kesannya ?
  • Alat Bantu Mengajar
  • Sukatan Pembelajaran
  • SKPMG2
2. Negara Maju
  • JEPUN : Lesson Study / Jugyokenkyu dan faedahnya
  • FINLAND : Tahap Pendidikan di Finland
Pra Pendidikan (umur bawah 7 tahun )
Pendidikan Asas (gred 1 hingga 9)
Pendidikan Menengah (gred 10 hingga 12)
Pendidikan Tinggi 
3. Negara Membangun
Sistem pendidikan di negara sedang membangun mempunyai sistem pendidikan yang sama. Mempunyai beberapa tahap seperti pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah vokasional dan pengajian tinggi.  
KESIMPULAN
Pendidikan penting dalam membantu negara menjadi sebuah negara membangun. Sistem pendidikan yang baik adalah sistem yang mudah di akses dan tidak membebankan pelajar. Sistem pendidikan Malaysia adalah bertindak sebagai platform pembangunan modal insan dalam memberi sumbangan kepada politik, sosial dan ekonomi negara. 

KAJIAN 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

PENGENALAN 
Maksud pengurusan dan pembelajaran ialah proses di mana perancangan, pengawalan dan kepimpinan dalam suatu keadaan / situasi yang dapat menimbulkan perubahan tingkah laku dalam diri seorang. 
DAPATAN KAJIAN

Peranan Guru

  • Perlaksanaan kurikulum dan pendidikan di sekolah 
  • Merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran
  • Membimbing pelajar berusaha untuk belajar
  • Pengurus bilik darjah 
  • Menjaga keselamatan, kebajikan pelajar
  • Menjaga disiplin pelajar
  • Membantu membentuk sahsiah yang baik
  • Sebagai role model 

 Konsep

1.        Mengawal : Bilik darjah, aktiviti berkumpulan, murid bermasalah, suasana bilik darjah 
2.     Merancang : Objektif pembelajaran, kaedah pengajaran, alat bantu mengajar, pemeringkasan pelajaran, aktiviti penilaian 
3.      Pengalaman : Kaitkan pembelajaran dengan pengalaman pelajar yang sedia ada, soal jawab, ulang pelajaran, fikir bersama 
4.     Mengarah : Menumpukan perhatian, menjawab soalan, tugasan harian bilik darjah, mematuhi disiplin 
Cara Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar yang Berkesan
1.        Keperluan Fisiologi
2.     Pengurusan Masa
3.      Iklim Bilik Darjah 
Faktor yang Mempengaruhi Pengurusan dan Pembelajaran 
1.        Bilik Darjah 
2.     Diri Pelajar 
Kaedah Pengurusan Dan Pembelajaran
1.        Persekitaran pembelajaran yang menarik
2.     Penglibatan pelajar dalam aktiviti luar, kemasyarakatan 
Tindakan Guru Mengatasi Masalah Pengurusan Pembelajaran Pelajar 
1.        Tegas, mesra, memberi nasihat, tidak mengamalkan sikap pilih kasih 
Tindakan Sekolah 
1.        Program mentor mentee
2.     Program guru muda
3.      Program pemantapan sahsiah
4.     Kelas tambahan
5.     Program peningkatan prestasi
KESIMPULAN 
Pembelajaran ialah satu proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. Pengurusan dan pembelajaran amat penting dalam sebuah proses pembelajaran agar proses pembelajaran dapat berjalan lancar dan lebih berkesan. 

KAJIAN 3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN 

PENGENALAN 
Organisasi merupakan sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan
Kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin merangkumi kebolehan, pencapaian, kejayaan pemimpin dan sebagainya
OBJEKTIF KAJIAN

  • Mendefinisikan kepimpinan dan organisasi supaya kami dapat memahami lebih mendalam 
  • Menyelidik keberkesanan kepimpinan dalam organisasi sekolah dan gaya kepimpinan  yang mereka praktikkan 
  • Mengenalpasti gaya kepimpinan dalam sesebuah organisasi sekolah yang dipimpin 
DAPATAN KAJIAN 
  • Sekolah adalah sebuah organisasi dalam sistem pendidikan. Keberkesanan fungsi sekolah banyak bergantung kepada kualiti guru
  • Kejayaan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh suasana organisasi berkenaan yang dikenali sebagai iklim organisasi 
  • Iklim organisasi yang baik dan positif membentuk gelagat pekerja yang positif dan seterusnya mempengaruhi keberkesanan sesebuah organisasi 
  • Pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi , tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan 

KAJIAN 4 : PENGURUSAN MURID

PENGENALAN
Membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (J.E.R.I) : Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
Guru Penolong Kanan (HEM) : Membantu pihak pentadbir iaitu perancangan, penyelaras, pengawal dan kaunselor kepada pelajar. 
OBJEKTIF

  • Untuk menerangkan sistem pengurusan murid di luar negara
  • Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas pengurusan H.E.M
  • Menghasilkan satu program H.E.M yang dapat 
TEORI

  • Teori Fungsionalisme 
  • Teori konflik  
DAPATAN KAJIAN
Dalam Negara

·         Perancangan (planning) 
·         Pengelolaan (organising) 
·         Pentadbiran / Memimpin (leading) 
·         Pengawalan / Pemulihan (controlling)
Luar Negara  (Pendidikan khas)
·         Peralatan 
·         Penyampaian 
·         Bilangan pelajar dalam kelas
·         Guru pendidikan khas terlatih 

KAJIAN 5 : PENGURUSAN BILIK DARJAH 

PENGENALAN
Bilik darjah ialah medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling bekerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Ianya adalah pakatan antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek yang terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011). Pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membena serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran. 
OBJEKTIF KAJIAN

  • Untuk mengetahui pengurusan bilik darjah berdasarkan pembelajaran abad ke-21
  • Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah 
  • Untuk mengetahui peranan seorang guru dalam pengurusan bilik darjah 
DAPATAN KAJIAN 
  • Guru adalah fasilitator kepada pembelajaran murid dan pencipta kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif 
  • Fokus bilik darjah abad ke-21 adalah pada murid
  • Dapat membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi dan dapat kemahiran komunikasi yang berkesan 
  • Kolaborasi kurikulum berasaskan projek digunakan di dalam kelas
KESIMPULAN 
Pengurusan bilik darjah seharusnya menjadi aspek yang penting dalam usaha kearah sistem pendidikan yang terbaik selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi. Usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pendidikan abad ke-21 telah menampakkan sistempendidikan bertaraf dunia dan memberi impak yang besar keepada sistem pendidikan di Malaysia. 

KAJIAN 6 : PENGURUSAN SUMBER

PENGENALAN
Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran fakta berkenaan agar tidak menyimpang atau menyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat. 
OBJEKTIF KAJIAN

  • Mengenalpasti pengurusan sumber sekolah 
  • Untuk mengetahui sejauh mana sumber di sekolah dapat membantu warga sekolah 
  • Untuk mengetahui keberkesanan dan kelebihan yang ada pada sumber di sekolah 
  • Untk mengetahui bagaimana pengurusan sumber dijalankan 
DAPATAN KAJIAN

  • Pentadbiran : membantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran 
  • Pusat sumber : menyediakan perkhidmatan seperti pinjaman buku dan mengadakan kelas di pusat sumber bagi memudahkan pelajar mendapatkan maklumat 
  • Bilik ICT : tempat untuk mencari maklumat
  • Bilik multimedia : bilik ini digunakan oleh guru yang ingin mengajar menggunakan powerpoint, slideshow atau video
  • Bilik sukan : membantu pelajar dan guru menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih efisyen dan teratur
KESIMPULAN 
Pengurusan sumber amat penting bagi meningkatkan kelancaran dalam pentadiran sekolah serta membantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan sumber juga amat penting bagi memastikan murid dan guru mendapat bahan untuk mengajar yang mencukupi. Akhir sekali, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. 

KAJIAN 7 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO/dll)

PENGENALAN
Kajian mengenai strategi pengurusan bilik pembelajaran ini secara asasnya menerangkan tentang bagaimana pengurusan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana maklumat dan ilmu pengetahuan diberi dan diterima. Contoh bilik pembelajaran ialah sperti bilik multimedia, bilik muzik, perpustakaan , padang dan sebagainya. Strategi bermaksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan (Benoit dan Trigeorgis, 2011). 
OBJEKTIF KAJIAN

  • Menjelaskan dengan lebih terperinci tentang definisi bilik pengurusan  pembelajaran dan jenis-jenis bilik pembelajaran
  • Mengetahui dengan lebih mendalam tentang kepentingan pengurusan bilik pembelajaran 
  • Mengenal pasti peranan guru dalam setiap pengurusan bilik pembelajaran yang berbeza 
DAPATAN KAJIAN 
  • Antara aspek yang perlu dititikberatkan dalam strategi pengurusan bilik darjah ialah penggunaan bilik pembelajaran yang sesuai mengikut mata pelajaran dengan menggunakan infrastruktur yang disediakan mengikut pengajaran mata pelajaran yang dilaksanakan
  • Menguruskan hal ehwal disiplin pelajar dengan menerapkan nilai murni dan sikap terpuji dalam diri pelajar berdasarkan bilik pembelajaran 
  • Mewujudkan suasana kondusif dan positif dengan membolehkan interaksi di dalam bilik pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan
  • Manfaatkan kemudahan yang disediakan di sekolah dengan menggunakan setiap kemudahan dan fasiliti yang disediakan sebaiknya sesuai dengan sesi pengajaran yang dijalankan
  • Pembentukan interaksi dalam bilik darjah iaitu satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak 
KESIMPULAN 
Melalui kajian, dapat melihat pelbagai kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah seperti makmal komputer, makmal sains  dan sebagainya. Selain itu, dapat mempelajari dengan lebih dalam strategi pengurusan bilik pembelajaran. 
KAJIAN 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENGENALAN
Pengurusan tingkah laku ialah satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan kaedah yang sesuai (Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Sigh)
OBJEKTIF KAJIAN

  • Untuk mengetahui tahap tingkah laku dan disiplin pelajar-pelajar sekolah yang ada di Malaysia
  • Mengenalpasti kaedah pengurusan tingkah laku dan disiplin yang digunakan di Malaysia 
DAPATAN KAJIAN

  • Teknik modifikasi tingkah laku dan disiplin 
1.        Peneguhan : peneguhan positif dan peneguhan negatif 
2.     Denda  
3.      Penghapusan
4.     Prinsip Premack  

  • Ciri-ciri tingkah laku positif dan tingkahlaku negatif 
1.        Tingkah laku bermasalah positif :  perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif 
2.     Tingkah laku bermasalah negatif :  perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif pula berkaitan dengan tingkah laku mengganggu dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan
KESIMPULAN
Disiplin penting bagi membolehkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan teratur. Disiplin membolehkan aktiviti proses pengajaran yang dirancang oleh guru dapat dijalankan dengan teratur tanpa gangguan. Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah tingkah laku disiplin pelajar. 


KAJIAN 9 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENGENALAN
Urus : Berhubungan untuk menyelesaikan sesuatu masalah 
Nasihat : Ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan seseorang dalam pelbagai hal 
Murid : Penuntut, orang atau anak yang sedang belajar 
3 KOMPONEN PENASIHATAN MURID

  • Mentoring : membantu individu berlainan 
  • Bimbingan : proses meneroka dan membantu  untuk mengenali diri mereka 
  • Penasihatan : bentuk suruhan atau arahan 
KEMAHIRAN YANG DIGUNAKAN OLEH GURU
  • Lisan
  • Melayani
  • Mendengar
  • Komunikasi
  • Bukan lisan 
TEKNIK PENGURUSAN PENASIHATAN MURID 
  • Kognitif : mempertikaikan, membahas, mencabar, mengajar dan menjelaskan
  • Behavioural : hypnosis, meditasi, latihan bertenang 
  • Afektif : kerusi kosong dan teknik raptai

KAJIAN 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGENALAN
Konsep pengurusan budaya ialah satu konsep penyusunan dan perancangan yang teratur bagi sesebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang. Ia merangkumi aspek sosialisasi dan pendidikan. 
OBJEKTIF KAJIAN

  • Menyedarkan tentang peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam menerapkan budaya positif di sekolah
  • Untuk mengetahui usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam mengawal budaya yang tidak diingini dan membawa serta menerapkan kepada budaya yang disenangi oleh masyarakat luar
  • Untuk mengenal pasti budaya yang diterapkan dan dititikberatkan di sekolah seperti budaya membaca, budaya bertanya dan budaya menghormati
  • Untuk  mengetahui kesan disebalik keberkesanan penerapan yang diamalkan di sekolah seperti pencapaian sekolah dalam melahirkan pelajar yang berbakti dan memenuhi standard yang diperlukan oleh masyarakat
JENIS BUDAYA DI SEKOLAH

  • Budaya instrumental 
  • Budaya ekspresif 
  • Budaya moral 
KESIMPILAN

1.        Budaya tolong menolong sangat dititkberatkan dalam sesuatu program  
2.     Budaya diterapkan di sekolah dapat melahirkan insan yang cemerlang rohani dan jasmani
3.      Kepimpinan sekolah sangat memainkan peranan penting dalam menjayakan budaya di sekolah 

KAJIAN 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN
Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran serta mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
OBJEKTIF KAJIAN

  • Membincangkan proses pengurusan murid pendidikan khas di Malaysia
  • Membincangkan ciri pendidikan khas yang terdapat dalam sekolah kajian
  • Membincangkan bagaimana tugas guru dalam menguruskan murid pelbagai upaya
DAPATAN KAJIAN 
  • Pendidikan khas mempunyai hubungkait yang amat rapat antara fungsi guru dan organisasi sekolah
  • Guru diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia
  • Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan iaitu Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala, program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan 
  • Tempoh pembelajaran bagi pelajar bekeperluan khas rendah adalah 6 tahun dan tempoh pelajar bekeperluan khas menengah adalah 5 tahun
  • Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan 
KESIMPULAN 
Pendidikan khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid bekeperluan khas. Oleh itu, dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapatkan pendidikan formal bagi kanak-kanak keperluan khas dan dasar tersebut diperkukuhkan oleh dasar " Pendidikan Wajib" dan "Pendidikan untuk Semua" yang kini menjadi asas perkiraan dalam rancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. 


KAJIAN 12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN

  • Sekolah : tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga merupakan pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak-anak
  • Persekitaran : merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah
OBJEKTIF KAJIAN 
  • Mengenalpasti persekitaran sekolah 
  • Untuk mengetahui persepsi guru terhadap sekolah, pelajar dan persekitaran sekolah
  • Untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap persekitaran sekolahnya
  • Untuk mengetahui sejauh mana hubungan sekolah dengan ibu bapa, masyarakat dan agensi luar
DAPATAN KAJIAN 
  • Hubungan sekolah dengan masyarakat merupakan jalinan interaksi yang dilaksanakan oleh sekolah untuk mendapatkan aspirasi dari masyarakat
  • Hubungan antara sekolah dengan ibu bapa mewujudkan pemuafakatan saling memerlukan bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat madani
  • Hubungan antara sekolah dan agensi luar, merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar
KESIMPULAN 
Hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dengan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah. Pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intektual. 

KAJIAN 13 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN 

PENGENALAN
Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kearah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu
OBJEKTIF KAJIAN

  •  Mengenal pasti suasana pembelajaran yang berlaku di sekeliling masyarakat pelajar
  • Menyatakan kepentingan dan ciri-ciri alam pembelajaran yang sistematik
  • Mengenal pasti tanggungjawab dan peranan guru dala memastikan suasana pembelajaran yang selesa 
ASAS KEMAHIRAN SEORANG GURU
1.        Berfikir
2.     Merancang
3.      Berkomunikasi
4.     Mengurus
5.     Menyelidik dan memperoleh maklumat
6.     Mengurus ICT
7.      Pemudahcaraan
8.     Kemahiran belajar
KAEDAH MENGURUS ALAM PEMBELAJARAN
1.        Kaedah pedagogi
2.     Kaedah persediaan guru
3.      Rancangan orientasi sekolah
4.     Kaedah induksi
5.     Alat bantu mengajar
KESIMPULAN 
Pengurusan alam pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Pentingnya pengurusan alam pembelajaran supaya semasa dalam kelas, sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar dan tidak menimbulkan masalah guru terlebih atau terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut. 


Comments

Popular Posts