Nota kuliah 2


Pengurusan boleh didefinisikan sebagai :
  • Aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan,2004)
  • Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984)
  • Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984)
  • Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988)

        
KAEDAH PENGURUSAN YANG SERING DIGUNAKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN :

  • Pendekatan dan kaedah pengurusan
                               I. Berpusatkan pelajar
                                       II. Berpusatkan bahan
                                     III. Berpusatkan guru
                                      IV. Berpusatkan pelajar, bahan, guru
  • Pendekatan dan kaedah khusus
                               I. Pengurusan bahan pembelajaran
                                       II. Pengurusan tempat
                                     III. Pengurusan masa
                                      IV. Pengurusan siapa yang mengajar
  • Konsep guru dan professional

PENGURUSAN PEMBELAJARAN DARI PELBAGAI ASPEK
  • Tradisional
  • Moden
  • Barat
  • Islam
  • Cina
  • India
  • Pembelajaran sepanjang hayat


MATLAMAT PEMBELAJARAN


KONSEP DAN PENGERTIAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM
   I. Tarbiah ialah mengasuh/memelihara/membaiki
  II. Ta’dib ialah mendidik/membentuk adab dan akhlak
 III. Ta’lim ialah pengajaran 
Ketiga-tiga konsep diatas bergabung untuk melahirkan insan terdidik :
   a. Berilmu
   b. Mempunyai kesedaran
   c. Menghayati
   d. Menginsafi
   e. Beramal


PRINSIP PENGAJARAN

1. MERANCANG
Ø Pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan
Ø Set induksi : aktiviti ringkas bagi menarik minat pelajar
Ø Penyampaian : langkah atau cara yang digunakan oleh guru tersebut ketika mengajar
Ø Penutup : mengukuhkan isi, penilaian, merumus

2. KEPELBAGAIAN TEKNIK
Ø Memerlukan kreativiti guru
Ø Mengekalkan tumpuan pelajar

3. PENGLIBATAN PELAJAR
Ø Bersifat dua hala, mesra, kondusif, aktif
Ø Semua terlibat 
Ø Interaksi lebih membina

4. AMBIL KIRA PERBEZAAN INDIVIDU
Ø Murid mempunyai keupayaan, minat dan bakat berbeza. Perhatian perlu diberi di atas kewujudan unsur kepelbagaian tersebut

5. PENGALAMAN SEDIA ADA
Ø Kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia pelajar

6. MERANGSANG FIKIRAN MURID
Ø Memberi soalan “cabar minda”, “ramalan”, “fikir bersama”



PRINSIP PEMBELAJARAN

1. LATIHAN
Ø Murid dapat mengaplikasi apa yang dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru

2. KONDUSIF
Ø Suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani

3. BERMATLAMAT
Ø Pengajaran berfokus dakan memudahkan pelajar mengikuti secara teratur dan sistematik

4. PENGLIBATAN AKTIF
Ø Pelajar perlu dilibatkan dalam proses p&p supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna

5. PERSEDIAAN AWAL
Ø Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid

6. MENGKAJI MURID
Ø Analisis terhadap minat, kecenderungan, bakat, keperluan

7. UNSUR DORONGAN
Ø Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid 
Ø Elakkan merendahkan keupayaan
Ø Banyakkan pujian, sokongan, penghargaan guru


Comments

Popular Posts