Nota kuliah 1


MAKSUD SOSIOLOGI

Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Syarifah Alwiah Alsagoff (1985), sosiologi pendidikan, sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat pendidikan dari persepektif sosiologi

PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN

  • Sosiologi : Teori telah lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian
  • 3 Teori utama :
1.     Fungsionalisme
2.     Konflik
3.     Interaksionisme Simbolik

TEORI FUNGSIONALISME
  • Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada  penerusan masyarakat.  
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri (ada tujuan dan keperluan tertentu) 
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat 





TEORI KONFLIK
  • Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat 
  • Berlaku konflik dalam struktur masyarakat 
  • Mengkritik kapitalisme 
  • Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya 


TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
  • Seseorang bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat 
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif 
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik  digunakan dalam interaksi manusia 
  • Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya 
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar 
  • Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri 
  • Kebolehan  ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat 


untuk lebih memahami tentang sosiologi pendidikan, boleh lihat di sini  :


KONSEP SOSIALISASI

Konsep sosialisasi ialah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial

Ia juga merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya 

Apa yang dipelajari ketika usia kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep. Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi 

Teori sosialisasi memberi perhatian kepada :
1.     Perkembangan kognitif
2.     Pemerolehan moral 
3.     Perkembangan kemahiran sosial

JENIS-JENIS SOSIALISASI

1. Primer
2. Sekunder
3. Resosialisasi 




Faktor yang melengkari sosialisasi 
 Keluarga 
 Agama
 Pendidikan
 Ekonomi
 Kerajaan/suasana persekitaran politik





PROSES SOSIALISASI

Tahap persiapan Tahap meniruTahap siap bertindakTahap penerimaan norma kolektif


Struktur Sosial Asas Masyarakat 
Keluarga
Agama 
Pendidikan 
Ekonomi 



Agen-Agen Sosialisasi
                                      
Keluarga-Guru-Agama-Masyarakat-Rakan 




Mengikut DAVID HARGREAVES : Interaksi Bilik Darjah

  • Melihat hubungan murid dengan guru 
  • Melihat pengetahuan individu tentang : 


  • .        Kendiri    
  •       Persepsi   
  •      Peranan 


 Guru sebagai model
 Definisi model :
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, model ialah seseorang atau sesuatu       yang dapat dijadikan contoh atau tauladan (untuk ditiru atau diteladani)
 Seseorang guru perlu menjadi model yang diteladani



Guru sebagai model 

ImejPengetahuan yang luasSifat kepimpinanEmosi yang stabilPencorak peribadi muridPengembang atau ejen sosial 


STRATIFIKASI SOSIAL
  • Stratifikasi sosial : susun lapis hirarki struktur masyarakat yang menunjukkan perbezaan antara individu-individu ataupun antara kumpulan-kumpulan
  • Akses/peluang adalah berbeza antara strata-strata yang berlainan 
  • Pendemokrasian pendidikan : memberi peluang yang sama kepada semua untuk memperkembang kebolehan dan bakat


Comments

Popular Posts